Followers

Wednesday 21 December 2011

Penghambatan jiwa


Kegigihan mereka banyak mengajar aku erti bersusah payah dalam kehidupan,tatkala lembaran jerit perih mereka kuselak sehelai demi sehelai. Semangat juang mereka yang didasari akidah yang sebenar membuat aku tidak pandang kebelakang.jiwaku semakin pantas mengucapkan ucapan rindu,rindu untuk turun kemedan yang sebenar.’’namun Allah lebih mengetahui..bahawa semua itu perlu digarapa rapi agar aku tidak mempersiakan ujian yang bakal  tiba”
Kata-kata Saidina Abu Bakr r.a kepada Khalid Ibnul Walid
“perangilah mereka dengan senjata yang mereka gunakan,pedang dengan pedang,tombak dengan tombak, panah dengan panah”
Hakikat persekutuan musuh ini disebutkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud
“orang –orang kafir setengahnya saling bantu membanu setengah yang lain. Jika tidak kamu berbuat demikian.nescaya berlaku fitnah dan kerosakan besar di bumi”
Kini kukoreksi kembali perjalanan mereka dan juga perjalanan yang telah dan bakal aku lalui,tekadku adalah agar terus thabat bersama para mujahidat yang pantas merangkul redha Ilahi.

Sunday 11 December 2011

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 15 sept 2011



Segala puji bagi Allah, salawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya. Setelahnya ..

Pada tarikh 11 September 2011 kita terkenang satu peristiwa yang terjadi 10 tahun yang lalu, iaitu peristiwa yang mengubah wajah dunia. Peristiwa ini berlaku hanya selang beberapa bulan Bush Jr. memegang kekuasaan Rumah Putih . Ia datang bersamanya sayap ekstrimis, satu kumpulan yang disebut “neo-konservatif” yang memegang tampuk kekuasaan di Amerika.

Oleh kerana ekstremis kanan ketika itu bersungguh-sungguh dalam membuat perencanaan yang memungkinkan Amerika dapat memenuhi keinginannya untuk melakukan penguasaannya ke atas dunia secara menyeluruh di sepanjang abad kedua puluh satu ini, mereka bertegas bahawa abad ini adalah “abad Amerika” sepenuhnya.. Maka dirancanglah peristiwa 11 September untuk memberikan peluang keemasan dalam melancarkan operasi ketenteraan tanpa batas, sehingga dapat memperkukuh penguasaan Amerika ke atas dunia di bawah slogan “perang melawan keganasan” (terrorisme). Dunia Islam adalah sasaran peperangan ini.

Pandangan Barat terhadap dunia Islam berasaskan dua teori utama: Teori pertama ialah “Pertembungan Peradaban”, yang dibangunkan oleh Bush secara peribadi, dan menjadi sandaran Bush dalam melakukan serangan terhadap dunia Islam. Teori lainnya adalah “Kesudahan Sejarah”. Kedua-dua teori telah sependapat mengatakan bahawa Islam adalah ancaman terbesar dan satu-satunya yang sedang dihadapi umat manusia sekarang ini. Oleh itu, mereka menghasut untuk melakukan serangan terhadap dunia Islam dan menghancurkannya sebelum datangnya bahaya ini.

Munculnya idea “paksi kejahatan” dan membuat tuduhan melulu ke atas negara-negara tertentu seperti Iraq dan Afghanistan sebagai negara-negara samseng. Membuat tuduhan “Al-Qaeda” sebagai kumpulan samseng pertama yang menjadi fokus Amerika untuk memulakan serangan dan pendudukan di Afghanistan, kemudian Iraq, sehingga Amerika melakukan jenayah ketenteraan dan moral terbesar dan pencabulan dalam hak asasi manusia seperti di penjara “ Guantanamo” dan “Abu Gharaib “, dan di penjara bergerak dan pesawat di seluruh dunia, yang mana para tahanan dipindahkan ke dalamnya supaya selepas itu para pemimpin kuku besi boleh melakukan penyiksaan dan pembunuhan untuk mewakili Amerika.

Jikalau pentadbiran Amerika seringkali memperingati peristiwa 11 September, dan mengira kerugian manusia dan material, dan menyediakan statistik dan angka, kita juga ingin menyatakan contoh bencana Palestin yang disebabkan oleh Amerika; kehancuran, pemusnahan dan kerugian yang disebabkan oleh kebiadaban pendudukan Zionis ke atas Palestin. Bahkan lebih dari ratusan kali yang dilakukan oleh rakan sejawatannya dibanding kehancuran Menara Kembar di New York dan jika ditambahkan dengan adanya ratusan ribu manusia yang terkorban dan terluka, diusir dan dinafikan dari tanah air mereka. Hakikat yang tidak boleh ditolak ialah bangsa Palestin kini tidak ada lagi negara, tidak ada ada lagi keamanan, tidak ada lagi kedamaian dan tidak ada lagi kebebasan. Semua ini menjadi bencana kepada bangsa Palestin dan bencana sepanjang sejarah ini.

Kami menuntut agar pentadbiran Amerika semasa hari ulang tahun peristiwa 11September ini untuk mengakui bahawa ada penjajahan Zionisme, ada perampasan tanah di bumi Palestin yang disebut dengan “pendudukan”, ada usaha meyahudikan Al-Quds dan Tebing Barat, ada usaha penghancuran dan perobohan ke atas rumah-rumah warga Palestin dan pengusiran warganegaranya yang sah setelah merampas identiti mereka. Jika Amerika benar-benar prihatin untuk memerangi keganasan atau terrorisme, maka mereka harus mencari motif dan penyebabnya. Tidak diragui bahwa peristiwa ini berlaku kerana adanya penindasan dan penyiksaan ke atas rakyat Palestin dan menimbang dengan timbangan tertentu, iaitu yang berpunca dari bencana di bumi Palestin.

Namun berlaku kehendak Allah di mana sebelum berlangsung ulang tahun kali ke10 peristiwa 11 September, tercetus revolusi dan intifadhah Arab melawan kezaliman, kekejaman, kediktatoran, korupsi dan kekerasan, revolusi yang berjaya menggulingkan para pemimpin kuku besi terkuat di rantau yang telah dikenal pasti sebagai tempat terbesar apa yang dinamakan “perang” terhadap terorisme. Mereka telah mengeringkan sumber-sumbernya, menyerang Islam, mengepungnya, dan mengambil bahagian dalam menyerang Iraq, Afghanistan dan pengepungan Gaza. Mereka adalah “Ben Ali” di Tunisia, “Qadhafi” pengarah teroris di Libya, dan (Mubarak) “harta karun strategik” Zionis di Mesir.

Sedangkan pentadbiran AS mendakwa dengan dasar politik dan kewajipan menjalankan demokrasi serta pembelaannya ke atas hak asasi manusia mampu mencetuskan revolusi Arab. Inilah pembohongan terbesar. Padahal revolusi Arab adalah untuk menangkis serangan Zionis dan Amerika bagi menghadapi pembohongan dari pemimpin diktator mengenainya. Paling tidak, apa yang kita lihat ialah kepanikan dan ketakutan yang mencengkam Zionis setelah berlaku revolusi rakyat Mesir terhadap mereka dan perubahan dalam hubungan strategik antara Mesir dan Turki, di mana puncaknya adalah ketika Erdogan melakukan kunjungan ke Kaherah untuk membentuk fokus baru dalam menghadapi perencanaan Zionis.

Inilah hikmah Allah yang begitu jelas bahawa setiap kezaliman pasti akan berakhir. Kini kita dapat menyaksikan berakhirnya para dictator dan kezaliman di seluruh dunia Arab. Kita juga ketika ini dapat menyaksikan permulaan keruntuhan penguasaan Amerika dan peradaban Barat. Kini kita telah mendengar suara-suara yang bergema dari sana yang memberikan peringatan betapa buruknya tempat kembali umat manusia yang terjerumus dalam tamadun yang kosong tanpa iman. Manusia tidak mendapatkan keuntungan apapun dalam diri mereka kecuali kebimbangan, kegusaran dan penyakit mental hingga meningkatnya kes-kes bunuh diri, walaupun keseronokan materialistik dan kebebasan syahwat yang tidak terkawal dan tanpa nilai telah bermaharajalela.

Kini terbukti dengan jelas dan nyata untuk semua orang yang mempunyai hati dan kesedaran bahawa keselamatan umat manusia adalah ketika mengikuti manhaj Islam, sistem dann nilai-nilainya walaupun ada usaha yang berterusan dan penuh kesungguhan untuk mewujudkan salah faham dan memberikan gambaran yang buruk. Namun semuanya berakhir dalam kegagalan yang hina. Jelaslah bagi semua orang bahawa keselamatan umat manusia, walau bagaimana kesengsaraannya adalah dengan mengikuti ajaran Islam di semua bidang, kerana di dalamnya terdapat keselamatan dan kebebasan. .

“Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”. ”. (Al-Baqarah:138)

Jika “kaum pembangkang pertama” telah jatuh dengan cepatnya maka tentulah “Pembangkang Kedua” akan lebih cepat jatuhnya seperti halnya kaum pembangkang yang pertama .. itulah sunnatullah yang tidak akan pernah berubah dan berganti.

“Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ” Sunnatullah ” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ” Sunnatullah ” itu.” (Fathir:43)

Inilah janji Allah yang tidak pernah melanggar janji-Nya dan begitu juga dengan ancaman-Nya, tidak pernah mengubah firman-Nya. Maha benar Allah SWT semasa berfirman (bermaksud):

“Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-Nya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.” (Al-An’am:115)

Semoga Allah memberi selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya. Allah Maha Besar dan kepada Allah segala pujian

Wednesday 9 November 2011

suatu masa dahulu


Kepada anakku, Al-Walid,
 Di kegelapan yang hitam pekat ini,
aku menatapmu dengan mata hatiku,
aku datang dari jauh menuju fajar baru,
dengan cita-cita yang mengharu biru kalbu,
untuk mengangkat panji islam kembali,
seperti dahulu,

ya Allah kenapa deraian manik ini jatuh tak henti-henti,kerdilnya aku….airmata semakin deras tatkala merenung dan menatap setiap bait yang dinukilkan  oleh pak cik Abbas  As-sisi..entah kenapa tiba-tiba jiwaku diterjah dengan perasaan kekecewaan yang sangat tinggi,kekecewaan yang x dapat aku gambarkan ..ya Allah kupinta keampunana darimu atas kelalaianku selama ini…

batapa pedihnya bila pernah menjadi hamba yang berada dalam boneka kepalsuan ,hidup kononnya dalam kegemilangan dan kefakihan ilmu tapi sebenarnya semua itu kosong,kosong tanpa pernah mengerti apa-apa,hebat diluar,dipandangan zahirnya,tapi dalamannya… berbelas tahun kubazirkan masa dengan ilmu yang tiada roh..ya Allah …

setelah aku terubat dengan nasihat dan pujukanMu Ya Allah,kini hatiku merintih kembali,saat menatap bait syair diatas..syair yang kuhafaz dan kutatap setiap hari sewaktu hidupku dahulu tanpe sekelumit kefahaman.pandangan yang kosong..aku cube memahami apakah yang sedang dilalui penyair ini,tapi persoalan itu kubiar berlalu,berlalu seperti berlalunya angin meninggalkan sang burung yang masih lagi cube dan tertatih berlajar terbang…

ya Allah betapa eratnya engkau memegang dan mendidk hati dan jiwa ini, sehingga saat ini aku merasakan keindahan perasaan ini,perasaan yang sukar digambarkan..pernah dahulu, setelah aku kembali mengenaliMu dan mengenal semula jalanMu,aku bertekad bahawa tiada apa lagi yang dapat memisahkan aku daripadanya melainkan kekuasaanMu ya Allah untuk hamba yang kerdil ini

wahai diri,cukuplah kau bazirkan usia dan  kehidupanmu yang lalu  tanpa erti,yang kau Sangka ianya adaalh terbaik,tapi sebenarnya masih panjang dan berliku,…semakin hari semakin banyak perkara yang kutangisi …menangis kerana semuanya telah kutemui dahulu,,pertemuan tanpa diiringi cinta dan kasih Allah…pertemuan yang membuatkan aku bertekad kini..dengarkan ya Allah,hatiku bersaksi

Tuesday 8 November 2011

tunjuki kami jalanMu ya Rabb

Assalamualaikum,..rasenya dah lama ana tidak melihat perkembangan blog ni..insyAllah kesempatan masa yang  diberi oleh Allah moge kulaksanakan dengan penuh manfaat agar diiringi maradhatillah, insyAllah..
Ana teringat saat memulakan perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan hari raya korban bersama keluarga tercinta.ana  melangkah masuk ke dalam bas, terus mengambil tempat disebelah seorang wanita lingkungan 20 an…kebiasaannya otak mula berputar mencari idea untuk memulakan bicara tetapi kenapa kali ini hati terasa sangsi  melihat keadaan wanita tersebut seakan sedang dilanda masalah…berapa kali enset yang dibunyi terus dimatikan tanpa henti,
”kemungkinan akak ni ade masalah” detik hatiku.”masalah apa ye?””kemungkinan masalah kekasih” hatiku terus berbicara sendiri…tak berapa minit kemudian akak tersebut terus turun tanpa sebarang ucapan…inilah kehidupan dan realiti masyarakat  yang sering terhidang dengan perkara yang  tak pernah dicapai dek akal,kubiarkan wanita itu berlalu dengan iringan doa agar ditunjukinya  jalan, jalan yang bisa membuatkan hatinya tenang berada didunia sementara ini.
Kulihat sekeliling ,semua orang sibuk melayan perasaan masing-masing,tanpa menghiraukan sedikitpun sekeliling mereka.  Lantas kuterfikir mengapa harus kubazirkan waktu sebegini  
“ kehidupan ihkwanul muslimin dahulu yang sentiasa datang kepada masyarakat,mendekatkan diri dan mengajak mengenal islam yang sebenar” ” lepas ni aku nak siapkan cd tentang realiti islam kini dan agihkan pada semua orang dalam bas ni” detik hatiku dengan semangat berbekalkan  keyakinan dan keazaman…apa yang boleh aku buat saat ini,perlukah aku pergi kesetiap penumpang dan bertanya perihal masalah yang memeningkatkan kepala mereka…otakku ligat berfikir…
“balik muar cikgu?” seorang kondukter bas menegurku..lantas ku tersenyum,jawapan daripada Allah atas pengharapanku   “taklah pak cik,turun muar,kemudian ambil  bas ke tangkak”… “ramai dapat orang hari ini pak cik” aku memulakan bicara  “ikut waktu la cikgu,kalau musim perayaan macam ni,dapatla dalam rm 300 sehari” sahut pak cik, sambil mengambil tempat duduk kosong disebelahku,nampak seperti ingin bercerita lebih, aku memohon kepada Allah menyusun bait kataku,agar kesemuanya berhikmah untuk diperdenganrkan padanya,
Kami mula bertukar pandangan mengenai kerjaya perguruan,setiap soalan pak cik membuatkan aku berfikir  pandangan masyarakat luar mengenai bidangku “ BIDANG USTAZAH”.. soalan yang tidak boleh ku lari,inilah realiti kehidupan yang perlu kujalani,kemungkinan mereka masih lagi belum melihat perubahan yang  dapat dilakukan oleh seorang ustaz dan ustazah di sekolah.. “ Pak cik nak tanya pendapat adik,adik rase tugas mendidik agama ni senang atau susah?” aku mula menyusun kata agar tidak sesekali memperlihatkan emosi atau kegolojohanku terhadap isu ini, ketenangan daripada Allah kupinta   “ macam ni la pak cik,tugas mendidk ilmu islam ni bukan mudah pak cik, tambahan dalam keadaan anasir luar yang sentiasa mengecam  pemikiran dan kehidupan remaja, kehidupan luar langsung x membantu dalam mendidik anak-anak tentang islam.hiburan,keseronokan, pergaulan dan macam-macamlagi seperti x menyokong , semua ini membuatkan usaha mendidik seperti lelah.”
Pak cik mengangguk tanda setuju,..dia meneruskan kata-katanya dan aku menjadi pendengar setianya…yang mana tersalah bagi pandangan ilmu dan terbiyahku cuba kuperbetulkan dengan nada yang sopan dan berhikmah…
“pak cik nak tanya pendapat awak,” pertanyaan tersebut sekali lagi membuatku bersedia dan meletakkan telingaku betul- betul untuk mendengarkan butiran percakapannya “ apa  pendapat awak tentang kerajaan sekarang? Kes anuar ibrahim?”  aku mula dapat melihat pandangan masyarakat dalam hal-hal ini,pandangan masyarakat yang semakin bijak menilai dan tidak mudah ditipu lagi…aku mula mengatur percakapanku takut-takut tidak diterima pendapatku,pak cik ni tak aci..asyik tanye pendapat aku , kemudian mengangguk setuju..”dia ni ikut pandangan aku ke? Xpe pasni aku pulak uji dia” detik hatiku,sekadar menguji
“ alhamdulilah setakat ni,apa yang saya lihat dan saya buat perbandingan ianya masih lagi belum mecapai satu pemerintahan seperti pemerintahan kerajaan dan pemimpin tekemuka islam dahulu baik daripada setiap sudut masih lagi ada kecacatan,”   tambah aku lagi  “ macam ni la pak cik,cube pegang dengan kate-kate ni …semakin kite cuba untuk membuat peraturan kehidupan dan cara hidup sendiri dan menolak hukum dan cara yang telah Allah gariskan untuk kehidupan kita,semakin itulah hidup kita akan jadi kucar-kacirdan makin porak peranda” “ Allah yang menciptakan kita,dan setiap undang-undangnya adalah sesuai dengan seluruh kehidupan kita,adakah kita nak kate siapa yang lebih mengetahui  keperluan hidup manusia,adakah kita,manusia yang lemah dan serba serbinya kekurangan atau Allah yang Maha mencipta,mentadbir dan memelihara” jawabku sambil tersenyum…berhati-hati daripada berlebihan dalam percakapanku.  “ mengenai isu anuar ibrahim,apa yang saya lihat keadaan yang menekannya  membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk membuat kesimpulan,Allah lebih mengetahui segalanya pak cik”   seperti biasa,kata-kataku diangguk tanda setuju dan diulas oleh pak cik..ditambah pula dengan pendapatnya yang ternyata  marah tentang fitnah yang berlaku,aku hanya mendengar omelannya dan membuat kesimpulanku sendiri..

Entah macammana topik perbincangan kamisemakin rancak akhirnya  sampai ke isu dunia..aku dan pak cik kembali berteka-teki..”pak cik nak tanya,siapa orang paling pandai dan orang yang paling bodoh? “   akhirnya aku membiarkan persoalan itu dijawab sendiri olehnya..sambungnya  “ tentulah yahudi”” orang arab ni semua sama,masing-masing nak tunjuk kuasa..bergaduh je,”  ayat pak cik tadi membuatkan aku menanyakan kembali percakapannya “ pak cik kate orang yahudi dan orang arab sama? “ soal ku… “ ye la,orang yahudi tu,orang arab la…jahat,sebab tu berlaku peperangan,..terbaru ni libya..tengok pemerintahan jahat sangat,kan dah kene bunuh”  aku menarik nafas dan mencari mana mulaku.. ini baru pandangan seorang daripada puluhan juta masyarakat, hatiku berputik gembira kerana sekurang-kurannya saat ini aku akan dapat memperbetulkan satu pemikiran,moge kata-kataku ini akan disebarkan kepada rakan-rakannya,insyAllah… aku memulakan bicara   “pak cik,daripada sejarah yang saya belajar orang yahudi bukanlah daripada kalangan arab…orang yahudi masuk ke tanah arab pun disebabkan mereka berhijrah keluar setelah tempat tinggal sementara mereka yang  dikuasai kuasa besar  suatu ketika dahulu,mereka sebenarnya tiada negara dan tidak layak diberi muka diatas muka bumi ni”   otakku kembali mencari satu kesimpulan mudah untuk memahamkan pak cik ni..moge Allah memudahkan urusanku .setelah puas aku menerangkan akhirnya pak cik tunduk dan akur,,akur bahawa pendapatnya selama ini tersalah..kemungkinan ini pengajaran untukku dan untuk pak cik agar benar-benar menkaji tiap berita tanpa membuat andaian dengan sewenang-wenangnya..banyak lagi  kerja aku ya Allah…langkahku kian pantas menangkap jiwa-jiwa manusia untuk disedarkan..aku termenung seketika.
“ apa pendapat anak,tentang pembunuh berani mati” ” yelah macam-macam pendapat pak cik dengar,ape pendapat anak?” soal pakcik kepadaku,dengan wajah tersenyum aku bertanya kembali kepadanya “ apa perasaan pak cik kalau negara pak cik diserang, isteri dan anak-anak pakcik dibunuh didepan mata dan pak cik x nampak jalan lain lagi melainkan jalan yang pakcik nyatakan tadi? “   soalku kembali,sengaja mengajak pak cik berfikir bersama…pak cik terdiam,kulihat dia termenung dan berfikir.. tambahku lagi   “pak cik, ramai diantara kkita mengatakan perlakuan tersebut adalah perlakuan yang bodoh,tapi bagi mereka ini adalah jalan terbaik..jalan yang dapat mengurangkan jumlah musuh, satu-satunya jalan yang tersedia untuk mengelakkan musuh islam menyiksa saudara seislam,mereka dalam keadaan tersepit..mengharap pertolongan dan perdamaian yang tak nampak tanda peleraian..keadaan mereka memaksa mereka melakukan demikian,,kita boleh menganggap perkara tersebut adalah bodoh disebabkan kita x merasai keperitan yang mereka rasai.kalau kita rakyat malaysia nak buat macamtu,x sesuai pakcik,ade medan dan banyak cara yang kita boleh laksanakan untuk suarakan pendapat…keadaan kita x sama dengan mereka..”  
Banyak cerita yang kukongsikan bersama pak cik zakaria.nama yang kutanyakan kepadanya sebelum kami  berpisah, nampak riak puas hati atas perbincangan tadi…banyak cerita yang tak dapat kucoretkan disini..akhirnya, kulihat keadaan dia yang lemas dengan permainan pemerintahan kini..  “ pak cik,kalau saya syorkan pak cik satu pertubuhan ni, pak cik nak ikut? “   ajuku   “pertubuhan politik?”soalnyanya..  “ tidaklah pak cik,pertubuhan ni mengajak dan menyedarkan kita tentang erti dan cara kehidupan islam sebenar,umat islam perlu bersatu padu seperti yang diterangkan dalam al-quran, pak cik ada cakap tadi,semua orang yang masuk politik akhirnya jadi kotor..oleh itu pentingnya untuk kita sedar dan buat persediaan rapi sebelum memasukinya supaya x jadi orang yang lupa dan menolak agama kebelakang..insyAllah,pak cik pernaH dengaR nama IKRAM?”    jelasku    “ okey,nanti pak cik cari dalam internet ye,”   aku balas jawapan cariannya dengan senyuman tanda setuju…
Sebelum terlupa,kuselitkan juga sunnatullah yang telah Allah catatkan unutk umat islam,juga hari kiamat agar kami tidak menjadi orang yang leka lagi selepas ini…satu ayat pak cik zakaria yang membuatku seakan ingin menitiskan airmata….  ”nak,,,semua yang anak cakap ni ade tercatat dalam al-quran ke?” persoalannya itu bukan untuk mempertikaikan hujahku tapi soalan berbaur nada mengharap,harapan untuk kembali mencari isalam,harapan seakan menceritakan rintihan seorang tua yang lemas dengan dunia  “ye pak cik,insyAllah..al-quran telah menceritakan semuanya” pantas ku jawab…
Setibanya kami kedestinasi,pak cik bingkas bangun,lalu menoleh kearahku “harap jumpe anak lagi selepas ni,suke bercakap dengan anak?”   pak cik berlalu sambik terukir  senyuman dibibirnya….pak cik zakaria..nama yang sering bermain dalam benak fikiranku hingga saat ini..aku doakan untukmu kehidupan  yang sejahtera..YaAllah lihat insan ini,insan yang membutuhkan perhatian dan kerahmatan dariMu dalam hidupnya.
Ya Allah masih banyak  lagi jiwa dan hati yang bakal kutemui selepas ini…

Wednesday 12 October 2011

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."Surah Yusuf ayat 12.

Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

“Aku berusaha kerana aku tidak mengetahui kesudahannya”,kata-kata azimat yang mampu membuatkan diriku bertahan hingga kesaat dan detik ini.nafas ku tarik dan hembus dengan seribu senyuman terpalit….jauh disudut hatiku sangat merasai sentuhanNya. Saat alasan mule menyinggah kutepis ianya sejauh yang mungkin,tidak mahu kukotori kesucian tarbiyah ini.tidak mahu ku berpaling daripada hidup bahagia ini…Ya Allah indahnya hidup bersamaMu,

Nafas kutarik perlahan,merasai nikmat kehidupan…
Saat berjumpe dengan mutarabbiku,subhanallah,perasaan yang sukar digambarkan..mata mereka tidak kelip melihat diriku,sesekali membuat kutersenyum..comel sungguh mereka ni.. ayat terakhir dalam ucapanku “akak tidak akan pernah memaksa kalian menerima segalanya, terpulang kepada kalian untuk melihat setiap butir bicara akak sama ada seperti melihat burung terbang yang berlalu dihadapan kalian atupun kalian ingin menganggap nasihat ini sebagai anak panah yang akan manusuk kedalam hati dan jasad kalian…ingatlah tatkala Allah berfrman “Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun”. (az-zumar:23)

Kalian adalah apa yang kalian mahukan,akak hanya menjadi jalan-jalan untuk menyamapikan hidayah Allah…akak tak boleh meminta kalian untuk memberikan hati kalian  ,then akan akak masukkan dalam mesin basuh,letak soflan,breeze,varnish dan sebagainya.akak tidak diberi kudrat sebegitu rupa,mohonlah padaNya agar bisa meletakkan diri kalian ditempat yang tertinggi ,dan bukan ketempat yang dicemari dan dicelakai sehingga memungkinkan kalian menjadi saki baki dunia(ikhlaskan hati kalian kerana akak masih berada disini kerana keihlasan hati hanya untuk redha AIlah )terlalu sedikit usaha dan tangisan yang perlu kite korbankan jika dibandinkan dengan nikmat syurga yang tidak terperi dan kekal abadi…pada saat dan waktu ini akak masih lagi tidak mengetahui dimana pengakhiran akak,adik-adik….kte tidak pernah tahu siapakah diantare kita adalah ahli syurga,andai saat ini name akak tercatat dipintu neraka,dan saat itu juga akak berada dijurang neraka..akak harap adik-adik boleh menyelamatkan akak daripada dicampak kedalamnya,maafkan diatas segala kekurangan akak,kalian adalah amanah Allah khas untuk akak…ingatlah kalian untuk bersegera kembali kepada Allah…jage setiap amalan,solat,mengaji,jage hubungan sesama makhluk…jika kita menjage hubungan dengan Allah maka Allah akan selesaikan hubungan yang lain,letakkan Allah dan rasul ditempat yang paling penting dan tertinggi dihati kalian nescaya begitu juga kalian padaNya,fikirlah dan renunglah adik-adik sayang ”

Alhamdulillah, “kekotoran sehari-hari akan melemahkan ketajaman jiwa kita.hati akan menjadi kurang sensitif dengna keadaan sekeliling ,dan kurang pula sensitif dengan kerosakkan ummah yang berlaku” ayuh semua bangkit,satukan segalanya,buang segala keluhan jiwa tanda kau tidak redha dengan takdirNya…senyumlah menghadapi kesemuanya, nescaya kau akan bahagaia…wallahua’lam


Thursday 6 October 2011

saat terkenangkanmu

Alhamdulilah,sehari suntuk ana melempiaskan beban dakwah pada haknya hingga langsung tak teringat saat bila hela nafas masuk kedalam saluran pernafasan sehingga memungkinkan ana untuk menyambung tugasan dakwah untuk hari seterusnya… kesyukuran yang tidak terkata saat teringatkan segala aturan Allah keatas diri kerdil ini,x semena mena manik-manik jernih mula menbasahi menghujani  malam  yang semakin sepi,bukan sedih,bukan pilu…tiada kesedihan pun yang layak kututurkan melainkan kata-kata cinta kehadrat Penciptaku atas aturan dan sentuhan lembut kasihnya..
Entah kenapa hati ini kian bergetar dari hari kehari,getaran kuat yang sukar untuk diterjemahkan,manisnya yang kurasa biarkan mehnah melanda,biarpun aku dikecewakan berulang kali,tapi aku tetap tegar dijalan ini,berkat kasih Ilahi,,,,Ya Allah kau mengajarkan aku banyak perkara sehingga lidah ku terkelu mengucapkan ucapan cinta…lidahku kelu mengajarkan cara memetik cintaMu kerana inilah persaan khusus khas dariMu untuk diriku,itu yang yakin duhai Rabbku
Ayah,ibu….fikiranku pada kalian kerap menyinggah setiap saat dan detik,pernah ku rasakan dahulu bahawa akan ku korbankan segalanya untuk kalian sampai satu saat andai diriku terpaksa ditukarkan tempat untuk diazab pun aku sanggup berkorban,inilah janji duniaku dahulu untuk kalian…
Kini saat wajahmu kembali menjelma,aku tersenyum beserta titipan  doa  untuk kalian,andai harta yang kuagihkan untuk kalian ,maka ianya xkan pernah cukup dan langsung tidak ternilai dimata Ilahi…ibu,ayah…tahukah dirimu bahawa aku sedang sibuk melabur saham untuk kalian…aku hanya mengharapkan kesabaran dari kalian,kerana senyuman yang paling bermakna yang ingin kulihat adalah disaat kita diprtemukan kembali disana..mungkin waktu itu,aku sudah tidak kau kenali,namun biarlah senyuman kuukirkan sewaktu melihat kau bahagia..
Maafkan diriku andai pada pandanganmu aku sudah tidak lagi seperti dulu,aku tahu kau amat menanti saat kita bersama,saat aku merengek seperti anak kecil,saat aku terbaring lesu dipangkuaanmu, juga saat kau mensihatiku atas kenakalanku…walau hatimu sering terluka dengan setiap bait ketelanjuranku, kau tetap sabar menanti anakmu ini…menanti untuk melihat kejayaan terpancar  pada diriku…ibu,aku bukan seperti anakmu yang dahulu,yang melihatmu hanya sebagai orang yang meleteriku,tapi kini aku adalah insan yang menantikanmu dalam setiap doaku,insan yang sentiasa lesu memikirkan bebanan kasihku pada dirimu,,,andai kau tahu inilah ucapan ku untukmu ibu dan ayah…
“ayah,ibu..maafkan anakmu…ayah,ibu..sabarkan dirimu menanti bayangku…ayah,ibu..kutitipkan doa dalam setiap saat hela nafasku….ayah,ibu izinkan aku berada dimedan ini….ayah,ibu…kusedang binakan istana  indah tempat tingglmu disana…ayah,ibu…tadahkan tanganmu untuk anakmu ini,kumohon redhamu dalam setipa amal dan perbuatanku” Amin….

Wednesday 5 October 2011

Kelazatan tak ada bandingnya


“berusaha sekuat upaya menekan hawa nafsu itu adalah kelazatan .kelazatan diatas segala kelazatan”
Akhawatku,manusia tetap manusia ,bukan malaikat.Rasulullah sebagai hamba Allah yang menjadi suri teladan manusia.ana teringat kata-kata Rasullulah dalam doanya
“ ya Allah , sesungguhnya aku adalah manusia .aku marah sebagaimana manusia marah .maka siapa sahaja daripada kaum muslimin yang merasa telah aku sakiti , aku caci, aku laknat,jadikanlah hal itu sebagai doa dan pembersih yang akan mendekatkannya kepadaMU pada hari kiamat”( HR.Bukhari dan Muslim)
Akhawatku,ketahuilah
Syaitan adalah pemangsa orang yang lemah semangat ,tidak peprcaya diri dan tidak kuat kemahuannya.orang-orang seperti ini mudah terjebak dengan bisikan syaitan. Menurut Ibnul Qayyim rahimahullah,”jika syaitan melihat seseorang memiliki kemahuan yang lemah,cita-cita yang rendah ,condong mengikut hawa nafsu maka syaitan sangat menginginkannya,mambantingnya dan mengekangnya dengan kekangan hawa nafsu dan kemudian mengendalikannya kearah mana yang ia kehendaki
Tapi jangan lupe akhawatku sayang,jangan menganggap kita mampu manakluki hawa nafsu kerana kita memiliki semangat yang tinggi,optimis,sangat percaya diri serta kuat kemahuan. Kerana sebenarnya persaan seperti itu akan membuka celah syaitan untuk menyelinap lalu menguasai hati.  syaitan akan melakukan perampasan dan pencurian tatkala berhadapan dengan manusia yang memiliki hati yang teguh,jiwa yang mulia dan cita-cita yang tinggi
Akhawatku,renungkanlah
Perkara perkara yang akan ana nyatakan ini yang akan menjadi tempat perampasan dan pencurian syaitan keatas kita.sangat sulit rasanya untuk memberi maaf kepada rakan akhawat yang lain saat kita merasakan hati kte bagai ingin meletup.sangat sluit untuk memelihara diri daripada dosa tatkala kita sedang bersendirian,saat peluang besar beanyak kali datang menjamu kita.sangat sulit untuk memberi saat kita membutuhkan.dan sangat sulit untuk menyampaikan kebenaran pada orang yang kita takuti ataupun pada orang yang kita sayangi
Akhawatku,pada 4 perkara inilah kita selalu tergelincir
Ada satu kata sangat sederhana untuk mengatasinya.KEIHLASAN.itulah kuncinya.keikhlasan membawa seseorang mudah memaafkan dikala marah.ikhlas juga yang menjadikan seseorang ringan memberi saat dia menginginkan dan membutuhkan.ikhlas yang membuat seseorang tak memandang stituasi dalam beramal dan menjauhi maksiat,meski tidak seorangpun melihat apa yang sedang dia lakukan. Keikhlasan juga yang membuat orang tak memandang risiko apapun dalam menyampaikan kebenaran.teman,itulah rahsia dibalik keikhlasan
Kerana itulah akhawatku ,pak cik Hassan Al Banna selalu mengatakan “ikhlas adalah kunci keberhasilan,” menurut para salafussolih ,tidak menang kecuali dalam tiga hal iaitu kekuatan iman,kebersihan hati dan keihlasan hati  .”bila engkau sudak memiliki tiga karakter tersebut,maka ketika engkau berfikir,Allah akan mengilhamimu petunjuk dan bimbingan. Jika engkau beramal ,maka Allah akan mendukungmu dengan kemampuan dan keberhasilan..”pak cik Hassan Al Banna sangat serius memandang masalah ini,sehingga setelah kalimah tadi, ia mengatakan, “…tapi bila ada diantara kalian yang hatinya sakit,cita-citanya lumpuh,diselamuti oleh sikap sombong(tanda tidak ikhlas),masa lalunya penuh dengan masalah, maka keluarkan ia daripada barisanmu! Kerana orang seperti inilah yang akan menghalangi rahmat dan taufik Allah. ( Al Awai’q Muhammad Ahmad Rasyid)
Ingat dirku dan para  akahwat, hanya orang yang tidak ikhlas yang akan tergelincir, maka sematknlah ianya rapi-rapi dalam jiwamu.Akhawat,dengan keilkhlasan kita tidak akan mudah diperdaya oleh nafsu.
Kalian adalah amanah dan memegang amanah,saat kalian mula merasakan kelainana dalam perasaan kalian maka segralah memohon seribu kemaafan dan keampunaan daripada ilahi,saat kalian melihat kesalahan disekliling kalian maka kembalilah mengoreksi diri kalian kembali,saat itu kembalikanlah segala masalah kepada diri sendiri tanpa pernah melihat siapakah punca semua itu berlaku,kulihat hari ini,semakin banyak masalah hati yang berlaku,…
Perasaan takut mula menyelubungi,ana mula mengoreksi kembali tahap pengibadatan kepada Allah,ayuh rakan akhwat sekalian jagelah hubungan kalian dengan Allah,Allah sedang menguji dan melihat tahap ukhuwah kita,jadikanlah dirimu matang dalam menyelesaikan tiap permasalahan…kalian adalah pemimpin dalam diri kalian,andai satu saat kalian merasakan setiap amanah yang dibawa mula tidak menjadi boleh jadi Allah sedang menguji dan besar kemungkinan ada hati akhawat yang disakiti dan ade masalah hati yang dihadapi,,,,jadilah pemimpin islam yang dihormati dan bukan ditakuti…jangan pernah kalian mengimpikan kemenangan ,andai permasalahan ini tidak mahu dileraikan
Maafkan ana,andai dalam keadaan tidak pernah sedar,ana ana mula merasakan bosan.bosan melihat permasalahan  emosi yang tiada titik noktahnya…kalian selalu mengatakan bahawa kita adaalh dalam satu hati,tapi secara zahirnya ku lihat senyuman kelat dibibir kalian,kalian selalu mentuturkan masalah harus dikongsi bersama sedangkan  kepahitan kalian  telan seorang….mengapa hal ini terjadi saudariku,maafkan ana andai terlalu banyak menghukum,tapi satu yang ana percaya andai kite berada  dalam  satu hati,kau pasti dapat membaca hati-hati dihadapan ini,kau pasti dapat mengukir senyuman walaupun dirimu debebani masalah menggunung….
Kulihat telah kau lengkapi semuanya,,,,tapi saat itu juga ku lihat kau lemah memikul beban dakwahNya,,,,adakah kau masih tidak menyedari bahawa kasihNya ingin menyelubungi dirimu….kau menolaknya saat ia datang,,percayalah satu saat nanti kau akan menangis penyesalan saat kau dibiarkan tanpa memikul apa-apa bebanan.asif andai diri ini terlalu banyak berbicara,sesungguhnya semue inilah adaalh untuk mendapatkan kasih,cinta dan keredhaan daripada sang Pencipta semata    Andai kau tahu betapa kasihnya diriku pada kalian…..subhanallah,,,indahnya perasaan ini,,,terime atas segala kenangan dan tarbiiyah ini Ya Allah  

Tuesday 27 September 2011

Ucapan Mursyid Am di Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin

Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.
Anak-anakku muda mudi tercinta,
Ketahuilah bahawa kamu adalah harapan umat, lengan-lengannya yang gagah, mindanya yang cerah, masa depannya yang gemilang, harapannya yang bersinar dan kekuatannya yang terpendam. Kamu adalah unsur kebangkitan umat, kemajuan serta kegemelingannya yang paling penting. Itulah kedudukan kamu, itulah nilai kamu. Itulah tanggungjawab kamu dan amanah kamu di hadapan Allah, di hadapan umat dan di hadapan diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu adalah bekalan untuk masa depan, tempat bergantungnya harapan untuk kebangkitan umat kamu.
Dan kami, ketika kami berkata demikian bukan kerana hendak mengampu atau mengambil hati kamu. Sebaliknya kami menegaskan sesuatu yang memang menjadi reality dan mengiktiraf sesuatu yang benar. Itulah juga yang dipesan oleh kekasih kita yang terpilih, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya): “Hendaklah kamu saling berpesan agar memelihara para pemuda dengan baik kerana sesungguhnya mereka itu memiliki hati yang paling lembut.”
Bertitik tolak dari sini, maka terdapat beberapa perkara yang wajib ke atas kamu terhadap semua aspek yang melingkungi kamu dan yang berkaitan dengan diri kamu.
  1. Kewajipan terhadap diri sendiri
Sesungguhnya kamu kini berada pada peringkat usia paling subur dan paling kuat. Maka wajib ke atas kamu memelihara kekuatan ini dan menunaikan hak-haknya. Yang aku maksudkan dengan kekuatan di sini ialah semua jenis dan semua anasirnya, iaitu kekuatan lahiriah, maknawiah, ruhiah, jasadiah dan sebagainya. Kamu kini berada pada peringkat kuat di antara dua peringkat lemah sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban…” Ar-Rum:54
Dan kamu akan ditanya pada Hari Qiamat nanti tentang peringkat ini sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki seseorang hamba sebelum dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, ke mana ia dihabiskan? Tentang usia mudanya, untuk apa ia digunakan?…” Lihat, meskipun muda itu sudah termasuk dalam usia keseluruhannya, namun baginda sebut secara khusus tentangnya memandangkan kepentingan usia peringkat ini.
Kita perhatikan di dalam Hadis tersebut, Nabi s.a.w. mengibaratkan usia muda itu laksana pakaian yang kita pakai untuk satu tempoh tertentu, kemudian kita menaggalkannya. Maka wajar bagi kita mengambil peluang menggunakan usia muda dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya masa muda adalah satu nikmat paling besar sepanjang usia keseluruhannya dan ia adalah salah satu nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan masa lapang.
Justeru, hendaklah kamu mempertingkatkan diri kamu dari aspek keimanan, keruhanian, ibadah, ilmu, pembelajaran, sukan dan pelbagai bidang agar kamu menjadi insan yang berguna kepada agama, tanah air, umat dan diri kamu. Sejauh mana besarnya dan beratnya tanggungjawab kamu, maka sekadar itulah persiapan yang kamu harus lakukan untuk memikul tanggugjawab itu. Setinggi mana matalamat yang hendak dicapai, setinggi itulah usaha yang mesti dicurahkan untuk merealisasikannya, dan pastinya ganjarannya juga besar dengan izin Allah.
Maka hendaklah kamu mengelokkan hubungan kamu dengan Allah sama ada ketika rahsia dan terbuka. Jangan kamu lakukan perkara yang mendatangkan kemurkaanNya. Hendaklah kamu memohon pertolongan dan bantuanNya. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
Putera puteriku yang disayangi,
Jangan kamu memandang remeh terhadap diri kamu, usaha kamu dan tenaga kamu. Sikap itu tidak boleh dikira sebagai warak langsung. Sesungguhnya sungai-sungai di dalam dunia ini terbentuk daripada titisan air hujan jika air hujan itu dukumpulkan pada satu aliran dan pada waktu yang sama. Namun awas! Jangan pula kamu sombong dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram masuk syurga. Maka hendaklah kamu yakin pada diri kamu, potensi kamu dan keupayaan kamu. Hendaklah kamu belajar dari mereka yang terdahulu daripada kamu. Sesungguhnya hikmah itu pencarian mukmin. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya.
Realisasikan pada diri kamu 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal bagi kamu sedaya mampu kamu. 10 sifat itu ialah: jasad yang kuat, akhlak yang mantap, fikiran yang bermaklumat, mampu bekerja, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah melawan nafsu, sangat menjaga waktu, urusannya tersusun, berguna untuk orang lain.” Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang.
Jadikan diri kamu sebagai qudwah solehah bagi orang sekeliling kamu, sama ada orang yang committed dengan Islam atau tidak, bahkan bagi orang Islam dan bukan Islam. Aku mengingatkan kamu agar berlaku ihsan dalam semua bidang, dalam bidang akdemik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air, keluarga dan warganegara seluruhnya.
Jadilah kamu orang yang berenovatif dan kreatif. Keluarkan seluruh keupayaan kamu, gunakan ia untuk berkhidmat kepada tanahair kamu supaya seluruh alam berbangga dengan kamu. Hendaklah kamu jadi orang yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidang dan pelbagai jurusan. Semua ini tidak akan terlaksana melainkan dengan ilmu, amal, sabar dan gigih.
Berhati-hatilah kamu dari penyakit hati dan hawa nafsunya. Ketahuilah bahawa orang yang mampu menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain. Maka ikhlaskan diri kamu kepada Allah dan taatilah Dia. Perelokkan amal kamu, curahkan tenaga kamu, nescaya Allah redha kepada kamu, umat kamu akan maju dan terlaksanalah matlamat kamu.
Pastikan kamu bersahabat dengan orang yang baik dan orang yang dapat membantu kamu dalam mentaati Allah dan memajukan diri kamu dalam segenap lapangan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang apabila kamu ingat kepada Allah, dia membantu kamu dan apabila kamu lupa, dia mengingatkan kamu.
Putera puteriku yang dikasihi,
Jangan kamu memandang rendah kepada diri kamu dan usia kamu. Berapa ramai sudah pemuda yang telah mengubah wajah sejarah. Di dalam sirah dan sejarah lama dan baru terdapat fakta yang menyokong kata-kataku ini. Maka jadilah kamu pemuda jenis ini, yang sirahnya ditulis dengan huruf-huruf daripada cahaya dan dengan tinta daripada emas.
Maka tanggungjawab kamu sangat besar, lebih-lebih lagi selepas revolusi Arab yang hebat. Dan para pemuda telah memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam menjayakan revolusi tersebut. Mereka bekerjasama dengan semua golongan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan yang ada. Ketahuilah bahawa revolusi belum lagi berakhir sehingga terlaksana matlamat kita sepenuhnya. Inilah yang menuntut kita mencurahkan tenaga, menambahkan sumbangan lagi dan lagi sehingga revolusi ini masak ranum dan Negara kita terangkat maju ke hadapan.
  1. Kewajipan terhadap kedua ibu bapa
Ingatlah Allah dan ingatlah pesanan Allah mengenai ibu bapa kamu. Mereka adalah jalan kamu menuju ke syurga. Maka berbaktilah kepada mereka, taatilah mereka, dekatkan diri dengan mereka, berusahalah untuk menunaikan hajat mereka dan berendah dirilah dengan mereka. Elakkan diri kamu dari perkara yang menimbulkan kemarahan mereka atau melanggar suruhan mereka dalam perkara yang makruf. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa…” Al-Isra’:23
Di dalam mentafsir firman Allah yang bermaksud “maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”, sebahagian ulamak berkata, hendaklah kamu bercakap dengan lembut, mengandungi perasaan belas kasihan, manarik hati mereka, sesuai dengan kehendak dan kecenderungan mereka sedaya mampu kamu, lebih-lebih lagi ketika mereka telah tua.
Aku suka menarik perhatian kamu kepada sabda Nabi s.a.w. yang cukup padat dan penuh hikmah (maksudnya): “Keredhaan Tuhan terletak pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Tuhan terletak pada kemurkaan ibu bapa.” Dan sabdanya (bermaksud): “Celakalah dan kecewalah!” Mereka bertanya, “Siapakah yang celaka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang yang sempat bersama ibu bapa atau salah seorang daripada keduanya ketika tua, kemudian dia tidak tidak masuk syurga.” Ketahuilah bahawa datuk nenek kamu adalah akar bagi pokok keluarga, ayah dan ibu kamu adalah batangnya dan kamu adalah daun-daun, bunga-bunga dan buah-buahnya. Kalaulah tidak adanya mereka, tidak adalah kamu.
  1. Kewajipan kamu terhadap tanahair
Sesungguhnya tanahair kamu sangat berhajat kepada tenaga kamu yang ikhlas untuk bangkit, lebih-lebih lagi selepas apa yang telah menimpanya selama ini. Ia telah lama diperas, dizalimi dan dirosakkan. Warganya, potensinya, kekayaannya hampir musnah kesemuanya. Maka hendaklah kamu tolong menolong dengan semua pihak, bersatu padu dengan semua golongan, bekerjasama dengan semua pertubuhan untuk membina tanahair kamu. Ruang dan peluang untuk bekerjasama amat luas demi kebaikan tanahair kita. Kita berkerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan kita menerima keuzuran dalam perkara yang kita tidak sepakati.
Hendaklah kamu gariskan matlamat kamu dengan jelas dan tepat agat tenaga kamu tidak terbuang sia-sia, kamu tidak keliru antara hadaf dengan wasilah, tidak memperbesarkan perkara kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Pelajarilah fiqh aulawiyyat dan beransur-ansurlah menyusun langkah. Dengan jelasnya matlamat dalam fikiran kamu, akan teranglah jalan kamu, tenaga dan kesukaran jakan kamu dapat diminimumkan, dan matlamat akan tercapai dengan lebih cepat. Utamakan aspek beramal daripada berteori supaya manusia dapat melihat daripada kamu amal yang hebat, bukan semata-mata cakap. Keadaan seorang lelaki dalam seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki.
Hendaklah kamu beramal bersungguh-sungguh untuk mencari alternative yang lebih baik yang dapat membantu kamu memanfaatkan waktu kamu. Berhati-hati dengan masa lapang. Sesungguhnya masa lapang itu musuh kamu yang paling ketat. Masa lapanglah yang mendorong pemuda terjerumus ke lembah kesesatan dan keruntuhan akhlak. Kamu juga perlu mengikhlaskan niat, menggunakan semua kebolehan serta bakat dan manfaatkan setiap detik waktu. Itulah rahsia kejayaan dengan izin Allah. Hendaklah kamu menggabungkan diri dengan pusat-pusat aktiviti pemuda, kesatuan sukan, badan kerajaan, majlis tempatan, pertubuhan sukarela, pertubuhan social, badan kebajikan dan sebagainya. Bangunkan, kembangkan, susun program keilmuan dan kemahiran yang berguna. Ikut serta dalam pelbagai kegiatan amal sehingga mereka sedar akan nilai kamu dan risalah kamu dalam kehidupan serta sumbangan kamu yang berguna kepada tanahair kamu.
Hendaklah kamu mengambil berat tentang masyarakat kamu dan permasalahannya dan memainkan peranan yang positif dalam membantunya. Aktifkan minda kamu mencari penyelesaian masalah masyarakat. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan mereka, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan untuk menunaikan hajat manusia. Digemarkan mereka kepada kebaikan dan digemarkan kebaikan kepada mereka. Mereka akan mendapat keamanan pada hari manusia dalam ketakutan (Hari Qiamat).”
  1. Kewajipan terhadap umat
Hendaklah kamu mengambil berat tentang umat kamu dan isu-isunya. Serapkan dalam diri kamu dan berusaha menolongnya. Jangan kamu menyisihkan diri dari permasalahannya kerana siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka. Kamu menjauhkan diri dari permasalahan umat kamu merupakan permulaan kepada perpecahan dan pertelingkahan. Dan itu akan membawa kepada kerugian serta menunjukkan kamu tidak berintima’ kepada umat kamu, umat Arab dan umat Islam.
Putera puteriku yang dikasihi,
Sesungguhnya Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah telah menggariskan di dalam risalahnya “Ilasy-Syabab” rukun-rukun kejayaan. Dia berkata: “Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keimanan kepadanya kuat, keikhlasan yang sempurna dalam merealisasikannya, semangat (hamasah) yang membuak-buak dalam memikulnya, serta wujud kesediaan untuk berkorban dan beramal demi menegakkannya.” Dari kata-kata ini kita dapati rukun kejayaan itu empat perkara: iman, ikhlas, hamasah dan amal. Rukun-rukun ini merangkumi aspek ruh dan aqidah (iman dan ikhlas) di samping aspek amal dan pelaksaan (hamasah dan amal). Ini merupakan gabungan yang sungguh cantik, semangat (hamasah) pemuda, pengarahan yang baik, kemantapan fahaman, mendahulukan aspek aqidah daripada yang lain.
Di tempat lain beliau berkata: “Dan setiap orang yang beramal dengan benar dari kalangan kamu akan mendapati di medan Islam apa yang selari dengan kehendaknya dan memenuhi aktivismanya jika dia terdiri daripada orang yang benar.” Tabiat pemuda adalah hamasah. Jika tidak dikekang mungkin akan terlajak. Lantaran itu Imam al-Banna menasihatkan: “Kekanglah runtunan emosi dengan pandangan akal. Sinarilah pandangan akal dengan nyalaan emosi.” Maka di sini Imam al-Banna mengekang dan mengawal semangat serta menghalakannya ke jalan yang betul dan lurus, jalan iman, ikhlas dan benar.
Maka berpegang teguhlah dengan empat rukun ini. Realisasikan di dalam diri kamu dan serulah orang lain daripada kamu. Beramallah dengannya dan tukarkan ia menjadi reality yang bergerak bersama kamu di setiap medan kehidupan kamu.
Putera puteriku yang dikasihi,
Imam al-Banna juga telah menyebut di dalam risalahnya yang ditujukan kepada kamu thawabit (perkara yang tetap) jamaah yang terpenting, iaitu: rabbaniah, tadarruj, tabiah, syumuliah. Maka jadikan thawabit ini sentiasa berada di hadapan mata kamu. Berpeganglah dengannya dan beramallah mengikut tuntannya. Dengan itu akan menjamin keselamatan jalan, kebenaran hadaf dan terlaksana natijah yang paling baik dengan izin Allah.
Rabbaniah bermaksud: menuju hadaf yang diletakkan Allah untuk kita, bukan hadaf yang kita letakkan untuk diri kita. Dan kita akan sampai dengan izin Allah dan pertolonganNya. Dan Allah enggan kecuali Dia akan sempurnakan cahayaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”
Tadarruj dan tarbiah bermaksud: “Kita akan didik diri kita semoga kita menjadi individu muslim, kita akan didik rumah kita supaya menjadi rumah muslim, kita akan didik bangsa kita sehingga menjadi bangsa muslim di kalangan bangsa-bangsa yang muslim, dan kita akan tetap teruskan langkah kita sehingga sempurna semua pusingan.”
Syumul bermaksud: “Ikhwan beriman bahawa Islam itu aqidah dan ibadah, tanahair dan bangsa, akhlak dan kebendaan, ilmu dan undang-undang, toleransi dan kekuatan. Mereka yakin dan berpegang teguh bahawa Islam adalah system yang lengkap dan merealisasikannya pada diri dalam semua aspek kehidupan, menyusun urusan dunia sebagaimana menyusun urusan akhirat. Mereka beriktiqad Islam adalah system amali dan ruhi secara seiring. Maka Isalam di sisi Ikhwan adalah din dan daulah, mushaf dan saif (pedang). “sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” Al-Kahf:13
Dan akhirnya,
Kamu adalah harapan dengan izin Allah. Kami mengetahui bahawa pada kamu ada kebaikan yang besar. Maka rasailah sentiasa wahai pemuda reality yang dialami umat kamu, reality yang cukup masam, pahit, menyedihkan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kita yang redha dengannya. Rasailah bahawa di tangan kamu dan dengan usaha kamu akan merobah keadaan umat kamu dan memenangkannya jika terlaksana pada diri kamu dan reality kamu syarat-syarat kemenangan, “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Muhammad:7
Maka hendaklah kamu mengelokkan iman kamu dengan Allah dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w., amal berterusan, tajarrud sepenuhnya, curah tenaga tanpa henti, berkorban apa saja, jujur dengan Allah, dengan diri dan dengan manusia, gunakan tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana diri kita ini jika tidak digunakan untuk perkara yang benar, dia akan sibukkan kita dengan perkara yang batil. Apabila terlaksana semua ini, akan terlaksanalah kemanangan sebagaimana yang telah dicapai sebelum ini, dan ia tidak sukar bagi Allah. “dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj:40
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluargannya dan sahabat-sahabatnya.
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.
Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin pertama selepas revolusi,
Cairo, Sabtu 26 Syawal 1432H bersamaan 24 September 2011M
Terjemahan:
http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2011/09/ucapan-mursyid-am-di-muktamar-tullab.html
Sumber: