Followers

Monday 23 July 2012

ku pejamkan mata, tersa erat benar pelukanMU


Bismillahirahmanirrahim,sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi kupanjatkan atas nikmat iman dan islam yang masih hangat dalam jiwa dan segenap denyut nadiku,Alhamdulilah

Terasa benar kerinduan padaMu ya Allah saat ini,sehingga  tidak tercukup rasanya pengaduanku walau sujud berganti sujud,namun airmata ini tidak mahu juga berhenti mengalir.

Selepas bergegas pulang dari solat terawih,terasa sebak benar jauh disudut hati mencari ketenteraman akal dan hati.tibe-tibe kurasakan lumpuh akal untuk berfikir dan terkempannya jiwaku. MAAFKAN  YA Allah andai sepanjang hari ini ade perkara yang mengundang murkaMU dalam keadaan kusedar atau pun tidak. Lumpuh akalku mencari solusi, bingung seketika atas perencaanMu, yang aku mampu saat ini mengucapakn perkataan sayu dan longlai atas qudratku yang terbatas. Maha hebat kuasaMu dalam ujian duniawi diriku. Yang mana harus kufikirkan dahulu, ujianMu bagai air yang mengalir ibarat tiada tanda akan berhenti.MasyaAllah hebatnya perlindungan dan pemeliharaanMu saat ini ya Rabb

“ wahai yang bersemangat lemah,sesungguhnya jalan ini, jalan Allah, padanya Nuh menjadi tua,Yahya dibunuh,Zakaria digergaji, Ibrahim dilemparkan ke api yang membara dan adakah aku menginginkan islam yang mudah yang mendatangi kedua kakiku?” Perlunya untuk kukutip sisa semangat yang berbaki, kerana tiada siapa akan mengerti masalah seorang daie yang kerinduan dan lemas dalam ujian.

“ ukhti ade mase free sekarang?” terdiam kumendengar soalan seorang sahabat, entah bagaimana gambaran wajahku saat itu,  “insyAllah sayang, ade masa” jawabku selepas terkedu lama. Benakku pantas tertangkap pada pesanan “istiab” karya Fathi Yakan. Kugagahkan diriku,seusai mohon kekuatan melalui solat sunat taubat, kuteruskan pertemuan dengan sahabatku,kusedar ini pertemuan Allah atas urusanku. Menguji ketekunan sifat daieku.moga aku ditempatkan dalam golongan muhsinin,nukil hatiku mengharap
Ya Allah, bantu aku dalam urusanku,seperti sebelum ini juga kumeletakkan engkau sebagai perencana terhebat dalam urusan hidup duniawiku, tidak pernah kuterfikir kehebatanku melainkan mendahulukan kehebatanMu. Maafkan jua terkadang sifat lemah insanku membuat aku perlu duduk berehat mecari kekuatanMU yang hilang, membuatkan aku melantunkan kata-kata putus asa, mendetikkan ketidaksabaran atas urusanMU..

Ku pejamkan mata,seperti terasa benar Kau sedang memelukku,Kau  mengajarku bersabar dengan ayat-ayatMU, Kau kembali meniupkan kata semngat agar aku bisa berdiri kembali,menjadi kuat dengan tarbiyahMu. Malam ini, aku tersungkur lemah dihadapanMu ya Rabb, terasa berat benar ujian dan tanggungjawabMu dipundakku sehingga payah benar rasanya untuk terus berdiri.. terasa  saat ini kusedang berbaring di ribaan kasihmu, dalam esak tangisan dan rengekan mohon dibelai, Ya Allah jalan ini menjanjikan sesuatu untuku,sepertimana kupegang janjiMU, seperti itu jugalah kesabaranku dalam meneledani santunanMU atas diriku

Lalu kuterus pejamkan mata,mengapa rindu pada ayah dan ibu mula meresap keseluruh tubuhku sehingga sesak nafasku,lelah hatiku dalam kerinduan pada mereka. Mungkin saat ini juga mereka sedang merinduiku,menanti kepulanganku,menanti perkhabaranku..cube jua kukuatkan hati ini untuk sentiasa bertanya khabar mereka,  namun akhirnya aku gagal,lidahku kelu dalam esakan rindu.terkadang kugagahi jua,namun akhirnya tanpa kusedari titsan jernih mula jatuh dipipiku,menahan kesabaran berjumpe mereka.terasa ingin benar melihat sendiri kondisi kesihatan mereka..namun ya Allah, sepertimana sahabat dahulu yakin atas penjaanmu, begitu jua diriku atas jagaanMu kepada mereka..agar saat ini, engkau menurunkan ketenangan sehingga memberi kesabaran dalam urusan yang memeritkan dan meresahkan jiwa mereka, ayah dan ibu, sedang kubinakan istana indah untuk kalian,cume aku mohon kesabaranmu kerana ianya juga bukan mudah bagiku.

Moge hari esok,Allah menitipkan kata azimat dan meniupkan ombak rahmat sehingga mengalir disegenap nadiku erti tidak mudah berputus asa dalam mencari dan mangharap redhaMU,insyAllah

Sunday 17 June 2012

تتكلم عن يوم العطلة

Bismilahirrahmanirrahim, ucapan ikhlas tanda kesyukran kehadrat ilahi diatas kesempatan hidup dijalan tarbiyah ini.alhamdulillah kerana saat ini Allah masih meletakkan diriku dalam saf suci agama, allahuakbar atas segala aturan dan perencanaan hebat dariNya..
Rasanya sudah lame benar tidak kunukilkan pengalaman dan ceritera hidup dalam laluan ini,dan sejak sekian lamanya juga tidak kukongsikan sesuau buat tatapan sahabat untuk same2 kite mengambil ibrahnya.Allahuakbar,saat ini kurasakan ketenangan ,ketenangan yang sukat diterjemahkan, kedamaian yang terhasil akibat redha dan cinta yang mendalam kepada Penciptaku dan pengutusNya.saat Al-quran ku jadikan pedoman, Allah kembali menyatakn
“sungguh orang-orang yang beriman dalam mengerjakan kebajikan,kelak Allah yang maha pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang kedalam hati mereka”
Lantas kuterenyum,senyuman lebar tanda aku menghayati dn merasainya.masih ana ingat kata Syeikh Mustapha Masyur yang kerap terngiang dalan benak minda
“orang yang beriman ,mereka menjadi  bagaikan al-quran yang hidup dan berjalan di muka bumi,amalan mereka membantu mereka untuk menghafal al-quran dan bukanlah hafalan mereka yang membantu untuk beramal” insyAllah kesemuanya tersemat utuh dan kukuh dalam segenap denyut nadi dan tergarap dalam tiap titisan darah yang mengalir

Kumulakan coretan dengan penghargaan buat kedua orang tuaku..kumula pejamkan mata,agaknya sudah sekelian lama tidak kutatap wajah tua mereka…ya Allah inilah wajah ibu dan ayahku yang amat kukasihi lagi dirindui.ya Allah sampaikan salam kerinduan buat mereka dari kejauhan,degupkan dan alirkan dalam jiwa mereka akan kurinduan ini,duhai angin sampaikan pengkhabaran anakanda yang merindui,anakanda yang sentiasa menanti dan mengharap doa mereka..andai saat ini mereka lelah ya Allah,bahagiakan mereka dengan janji-janjiMu. Andai saat ini mereka kerinduan,bisikkan pada mereka pesanan agungMu agar terubat segala keringat agar terpasak satu semangat agar tertanam sejuta taekad untuk terus berjuang di atas muka bumiMu.ayah dan ibu, tidak kujanjikan berlian dan emas untuk kalian,tidak kujanjikan rumah rehat besar menjelang tua untuk  kalian.. namun yaAllah, kuharap hadiah terhebat dariMu untuk mereka, hadiah astas kesantunan mereka dalam membesarkanku sehingga aku bisa berada berdiri teguh memegang panjiMu, walau diriku tidak sehebat Khadijah , walau diriku tidak semulia Aisyah, walau diriku tidak seteguh Fatimah,namun kupohon agar engkau mempersiapkan hadiah terhebat untuk mereka, duhai ibu dan ayah, sabarlah menanti anakmu
Diriku hanya insan biasa yang mengalami pasang dan surut dalam kehidupan. Lemah benar kurasakan setelah 4 minggu tanpa usrah, usrah yang sentiasa mengingatkan untuk segera kembali kepada Rabb yang tercinta. Walau telah kutunaikan tanggungjawab pada anak usrah pewaris dimuar namun ianya berbeda benar dengan satu teguran khusus untuk diriku,dalam menghabiskan cutiku yang berbaki lagi seminggu. Inilah masanya untuk menguji tarbiyak zatiyah yang sering dicanang-canangkan dari mulut seorang daie, ya! gerakan ini adalah gerakan amal bukannya lisan.
seperti biasa kulewati hari-hariku dengan mengira satiap kmbing belaan akhku, namun hari ini sedikit berlainan seperti selalu, aku dikerah untuk pergi awal. Arahan akh kupatuhi untuk pergi melepaskan kambing makan dihalaman luar
“ bawak sampai atas bukit ye” pesan akh sambil tersenyum. “ baik bos “ jawabku faham,anak pengembale kambing kene belajar mengembala, nasihat untuk diriku
“kejar-kejar!, hah jage sane! “ jeritku pada ukhti soghirku,keletehan kami manggamit semua serangga menyaksikan betapa kecohnya pertunjukkan sarkas kami. Berlari-lari menjage mengawal kambing,bimbang masuk kedalam tanaman orang kampung.  Akhirnya keadaan dapat dikawal , alhamulillah,,,
“ boleh la duduk dekat jambatan tepi parit tu sambil perhati kambing” pesan akh sebelum ku mula menginjak kaki ke kandang kambing. segera dan kulabuhkan punggungku diatas jambatan, bunyi air yang tenang, pokok getah seakan melambai mengalukan kedatanganku. Entah mengapa tiba-tiba airmata tumpah kepipi, sayu hati kurasakan seakan aku inggin sujud pada ketika itu,, nyaman sungguh keadaan disni “ adakah dengan melihat semua ini, manusia mahu ingkar lagi?” rintih hatiku sayu..
Sudah menjadi tabiatku untuk segera mengalunkan kate-kate keinsafan saat hidayahNya mula menyapa. Kulafazkan setiap bait lagu mentari hidup dengan perasaan merendah diri tanda mengharap kepadaNya, entah mengapa sesuai benar lagu ini dengan jiwaku.
“Kala senja itu tiba,Kutermunung sendirian….”  Lega benar dapat menganigs dipangkuanNya.
“ x keyang lagi ke kambing ni” bisik ukhti soghir kepadaku sambil memerhati segerombolan kambing dihadapan kami, kuperhati betapa eloknya susunan kumpulan ini, biar kemana pun tetap akan berada dalam kumpulan . benarlah analogi yang sering kugunakan pada anak-anak usrah “ sayang, ingat  pesanan akak sebelum usrah kite berakhir hari ni, serigala akan membaham kambing yang terpisah dari kumpulannya, begitu jua dalam kehidupan kita “
Untuk mengahalakan kambing kearah-arah tertentu , cukuplah menghalakan sebahagian daripada mereka, nescaya yang lain akan mengajar dan mengikut perlakuan sebahagian yang lain… senangnya , kambing belajar etika kepatuhan, namun payahnya manusia mengambil ibrah kepatuhan lebih-lebih lagi dalam harakah antara jundi dan qiadah, antara syuyukh dan syabab… kerana Allah telah telah menganugerakahan akal dan al-hawa kepada manusia, namun andai keburukkan yang dihalakan , terimalah ancaman Allah dalam ayat “bal adhal” bahkan mereka lebih sesat lagi daripada bintang ternakan
Dapat juga habiskan hafalan surah munafiqun dan jumuah,lame dah rasenye x mengulang kembali hafalan yang dah ditanam mase yang lepas. Setiap ayat kubacakan dengan pemahaman mendalam dari jiwaku. Terasa diri ini begitu kerdil dan lemah dihadapanNya, namun kupohon kekuatan dan semangat dihadapan musuh-musuhMu ya Allah,semangat dan kefahaman untuk kembali selepas 3 minggu aku bercuti dan bertukar angin kemedan lain di kampung halamanku. Dimana-mana pun akan ade ujian daripadaMu ya Rabb. Moga tarbiyah zatiyah dan rasmiyah dapat bergerak seiring agar ghayah utama dapat diburu dan seterusnya digapai oleh saf yang kukuh. Amin ya rabbal alamin