Followers

Monday 23 July 2012

ku pejamkan mata, tersa erat benar pelukanMU


Bismillahirahmanirrahim,sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi kupanjatkan atas nikmat iman dan islam yang masih hangat dalam jiwa dan segenap denyut nadiku,Alhamdulilah

Terasa benar kerinduan padaMu ya Allah saat ini,sehingga  tidak tercukup rasanya pengaduanku walau sujud berganti sujud,namun airmata ini tidak mahu juga berhenti mengalir.

Selepas bergegas pulang dari solat terawih,terasa sebak benar jauh disudut hati mencari ketenteraman akal dan hati.tibe-tibe kurasakan lumpuh akal untuk berfikir dan terkempannya jiwaku. MAAFKAN  YA Allah andai sepanjang hari ini ade perkara yang mengundang murkaMU dalam keadaan kusedar atau pun tidak. Lumpuh akalku mencari solusi, bingung seketika atas perencaanMu, yang aku mampu saat ini mengucapakn perkataan sayu dan longlai atas qudratku yang terbatas. Maha hebat kuasaMu dalam ujian duniawi diriku. Yang mana harus kufikirkan dahulu, ujianMu bagai air yang mengalir ibarat tiada tanda akan berhenti.MasyaAllah hebatnya perlindungan dan pemeliharaanMu saat ini ya Rabb

“ wahai yang bersemangat lemah,sesungguhnya jalan ini, jalan Allah, padanya Nuh menjadi tua,Yahya dibunuh,Zakaria digergaji, Ibrahim dilemparkan ke api yang membara dan adakah aku menginginkan islam yang mudah yang mendatangi kedua kakiku?” Perlunya untuk kukutip sisa semangat yang berbaki, kerana tiada siapa akan mengerti masalah seorang daie yang kerinduan dan lemas dalam ujian.

“ ukhti ade mase free sekarang?” terdiam kumendengar soalan seorang sahabat, entah bagaimana gambaran wajahku saat itu,  “insyAllah sayang, ade masa” jawabku selepas terkedu lama. Benakku pantas tertangkap pada pesanan “istiab” karya Fathi Yakan. Kugagahkan diriku,seusai mohon kekuatan melalui solat sunat taubat, kuteruskan pertemuan dengan sahabatku,kusedar ini pertemuan Allah atas urusanku. Menguji ketekunan sifat daieku.moga aku ditempatkan dalam golongan muhsinin,nukil hatiku mengharap
Ya Allah, bantu aku dalam urusanku,seperti sebelum ini juga kumeletakkan engkau sebagai perencana terhebat dalam urusan hidup duniawiku, tidak pernah kuterfikir kehebatanku melainkan mendahulukan kehebatanMu. Maafkan jua terkadang sifat lemah insanku membuat aku perlu duduk berehat mecari kekuatanMU yang hilang, membuatkan aku melantunkan kata-kata putus asa, mendetikkan ketidaksabaran atas urusanMU..

Ku pejamkan mata,seperti terasa benar Kau sedang memelukku,Kau  mengajarku bersabar dengan ayat-ayatMU, Kau kembali meniupkan kata semngat agar aku bisa berdiri kembali,menjadi kuat dengan tarbiyahMu. Malam ini, aku tersungkur lemah dihadapanMu ya Rabb, terasa berat benar ujian dan tanggungjawabMu dipundakku sehingga payah benar rasanya untuk terus berdiri.. terasa  saat ini kusedang berbaring di ribaan kasihmu, dalam esak tangisan dan rengekan mohon dibelai, Ya Allah jalan ini menjanjikan sesuatu untuku,sepertimana kupegang janjiMU, seperti itu jugalah kesabaranku dalam meneledani santunanMU atas diriku

Lalu kuterus pejamkan mata,mengapa rindu pada ayah dan ibu mula meresap keseluruh tubuhku sehingga sesak nafasku,lelah hatiku dalam kerinduan pada mereka. Mungkin saat ini juga mereka sedang merinduiku,menanti kepulanganku,menanti perkhabaranku..cube jua kukuatkan hati ini untuk sentiasa bertanya khabar mereka,  namun akhirnya aku gagal,lidahku kelu dalam esakan rindu.terkadang kugagahi jua,namun akhirnya tanpa kusedari titsan jernih mula jatuh dipipiku,menahan kesabaran berjumpe mereka.terasa ingin benar melihat sendiri kondisi kesihatan mereka..namun ya Allah, sepertimana sahabat dahulu yakin atas penjaanmu, begitu jua diriku atas jagaanMu kepada mereka..agar saat ini, engkau menurunkan ketenangan sehingga memberi kesabaran dalam urusan yang memeritkan dan meresahkan jiwa mereka, ayah dan ibu, sedang kubinakan istana indah untuk kalian,cume aku mohon kesabaranmu kerana ianya juga bukan mudah bagiku.

Moge hari esok,Allah menitipkan kata azimat dan meniupkan ombak rahmat sehingga mengalir disegenap nadiku erti tidak mudah berputus asa dalam mencari dan mangharap redhaMU,insyAllah