Followers

Friday 23 September 2011

Kau buat aku tersenyum

ya Allah ,kau cinta teragungku,bantu kami ya Allah... saat kau membisikkan kasih sayngmu,lembut kurasakan..indahnya sentuhanMU TIDAK MAMPU KUTERJEMAHKAN.ya Allah perasaan apakah ini? indahnya saat bersamaMU,aku dilamun cinta dan rindu,seluruh hidupku terhampar untukMU ,namun aku pinta seribu kemaafan andai ada setiap saat perbuatanku yang mengundang kemurkaanMU, ketahuliah bahawa aku langsung tidak berniat melukai cinta dan kasih ini...


saat teringatkan setiap tarbiyah yang kau hamnparkan untuk insan kerdil ini,titisan panas mula membasahi pipi ,terasa terbiyah Mu adaalh terbaik yang pernah aku rasakan,rasa tidak mampu ku angkat kepalaku daripada terus bersujud kepadamMu,bersyukur diatas segalanya,ya Allah lihat diri ini,sentiasa peluk dan ikat hati ini dengan cinta kepadaMu


ya Allah setiap tanggungjawab yang kau galaskan terhadapku adalah apa yang terbaik untukku,saat aku dalam keputusasaan ,kau datangkan bisikan untuk memujukku,kau datang ayatmu yang biasa mengubat racun dalam hatiku,segala penawar kau hantar untuk membantuku,adakah dengan setiap dakwah fardiah daripada Kau untukku boleh membuatkan aku melupakan diriMu dalam kehidupan seterusku?...jangan kau tarik nikmat indah ini..


saat yang lain melihat diriku seperti dalam  kesusahan,namun secara zahirnya ku akur  bahawa itulah pandangan zahir seorang manusia,namun mulutku mula terkunci dari menuturkan perkataan indah untuk menceritakan apa rasa ini,biarlah mereka,kumohon agar suatu hari nanti mereka juga akan merasai tugasan dakwah yang indah ini,bantu kami ya Allah


ku tidak pernak mahu sanjungan sedikitpun daripada manusia,amat ku takuti perasaan dan keadaan itu ya AllAH,takut hatiku mula berubah sekadar mengharap sanjungan dan pujian manusai,AKU TIDAK PERLUKAN SEMUA ITU,APALAH ERTINYA SEMUA SANJUNGAN ITU,ANDAI DIPANDANGANMU AKU ADLAAH SEBALIKNYA,MASYALLAH.....TITIPKAN KASIHMU UNTUKKU SAAT INI YA RABB....masihku ingat mengenai pengisian daripada seorang ukhti sewaktu bersama akhawat india dan uk ....dalam keadaan teresak-esak dia memulakan bicara


" masih ana ingat kisah 3 orang syahid yang dihadapkan dihadapan Allah,syahid pertama dihadapakn dihadapapn Allah ,lalu Alllah memerintahkan agar dirinya dicampakkan kedalam neraka,,,,yaAllah.....  lalu dengan sedih hamba itu mula bertanya,ya Allah mengaap aku akan dicampakkan kedalam neraka sedangkan telah kukorbankan seluruh hidupku untuk berjihad dijalanmu,masihkah tidak cukup semua itu ya Rabb?????
lalu Allah menjawab"engkau memperjuangkan agamaku adalah semata-mata untuk mendapat sanjungan manusia,kau mahu dirimu diangkat dan dimuliakan"


kemudian dihadapkan pula syahid yang kedua...lalu jawapan yang sama diberikan Allah kepadanya,hati siapa yang tidak sedih apabila mendengar jawapan itu"ya Allah mengapa aku dicampakkan kedalam neraka sedangkan aku talah menghabiskan hidup dan waktuku untuk menuntut agamMu,aku ajarkan kepada umat islam,aku selidiki setiapnya untuk menunjukkan kemulianan agamu,apakah semua ini masih belum cukup ya Rabb" rintih hamba "tidak kau tuntu agamaku hanyalah untuk mendapat pujian manusia,kau ajarkan ilmu kepada mereka agar mereka melihat kehebatan akalmu" jawab Allah


dan terakhirnya dihadapkanp pula syahid yang ketiga...putus harapan saat Allah memberikan jawapan yang sama agar dirinya juga dicampakkan kedalam neraka"ya Alllah masihkah belum cukupkah segala hartaku diserahkan untuk islamMU,aku telah hamparkan segalaharta kekayaanku untuk perjuangan islam"rintih si syahid ...lalu Allah menyambut pertanyaan itu,"aku lebih mengetahui setiap apa yang terbuku dihatimu,kau nafkahkan semuanya semata-mata untuk mendapat kebanggaan, agar jasamu dikenang dan agar kau dipandang mulia."


inilah kisah syahid yang selalu kubisikkan saat kita bersama ya Rabb,semata-mata tidak ku ingin diriku menjadi insan yang hanya membazir waktu,tidak mahu ku hanya menjadi robot dakwah yang terkadang terlalu sibuk dengan urusan perjuangan tanpa mengetahuia siapa dan kemana harus kukembalikan kesemua  amalan ini.ya Rabb, kau mengembalikan senyumanku,ya Rabb kau mengajar aku erti sabar dalam setiap perjuangan,yaRabb kau ajar diriku bagaimana menghormati manusia sekelillingku,dan akhirnya kau ajar aku untuk menerima semua sebagai tanda cintamMU,walaupun dalam keadaan pandangan zahirnya amat kaku daripada melihat hikmahnya.kau ajar diri dengan kata-lata"JANJIKU ADALAH PASTI" dan akhirnya aku kembali tersenyum kerana kusedar diriku sedang dinilai dan kau sedang memelukku erat

No comments:

Post a Comment